• Templat – Terdapat mesej yang dipratetap dalam senarai. Anda boleh
melihat dan mengedit mesej templat atau membuat mesej baru.
• Tetapan – Menu ini membolehkan anda menetapkan ciri-ciri penyedia
perkhidmatan rangkaian anda.
Kenalan
Anda boleh mencari kenalan dalam Kenalan anda.
1 Tekan Kenalan dan pilih Cari, pilih Kenalan daripada skrin Menu
atau tekan
2 Pada pad kekunci masukkan huruf pertama kenalan yang hendak
anda hubungi.
3 Untuk menatal melalui kenalan, gunakan kekunci navigasi ke atas dan
ke bawah. Untuk menatal melalui nombornya yang berbeza, gunakan
kekunci navigasi kiri dan kanan.
• Kenalan baru – Anda boleh menambah entri buku telefon dengan
menggunakan menu ini.
• Dail Cepat – Peruntukkan kenalan pada sebarang kekunci antara 2
dan 8.
• Salin semua – Anda boleh menyalin semua entri daripada memori
kad SIM kepada memori Telefon atau daripada memori Telefon kepada
memori kad SIM.
• Padam semua – Anda boleh memadamkan semua entri daripada
memori kad SIM atau memori Telefon.
• Status memori – Anda boleh memeriksa status memori bagi SIM dan
telefon anda.
(kekunci lembut kanan) daripada skrin siap sedia.
11